PELAKON cantik Mira Filzah telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada pagi Selasa.
Khabar gembira itu telah diumumkan oleh suaminya, Wan Emir Astar menerusi akaun Instagram mereka.
"Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW.
"Isteri syurgaku Nur Amirah Filzah Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40 pagi," maklumnya.
Tambah Wan Emir, Mira dan putera mereka kini berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat.
"Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.
"Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga.
"May Allah SWT bless & guide each and every one of us in our own personal journeys through this temporary life, aamin YRA," tambahnya bersama tanda pagar #ArahManaSyurga dan #EmirAmirah.
Mira dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan pasangan itu mengumumkan berita kehamilan pada Januari lalu.
Sementara itu, ibu mertua Mira yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Mohd Yazid turut berkongsi berita gembira itu di akaun media sosialnya sekitar tiga jam lalu.
Menurut Mastura, menantu dan cucunya berada dalam keadaan sihat.
"Kami sekeluarga amat berterima kasih di atas segala doa dan ucapan selamat dari semua. Kepada anakanda Emir, moga menjadi seorang papa yang baik dan sempurna.
"Ibu sentiasa mendoakan Emir, Mira dan cucunda tersayang semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmah Allah SWT. Ibu sayang anak-anak ibu," kata Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu dalam catatannya.
Gempak
Tue May 10 2022
Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar dikurniakan cahaya mata lelaki hari ini.
Ballon d’Or berpotensi milik Vinicius - Carlo Ancelotti
Junior merakamkan persembahan menakjubkan untuk membantu Real Madrid memenangi trofi saingan LaLiga dan memburu Piala Liga Juara-juara Eropah keduanya.
Rebut takhta popular, YouTuber maut ditikam pesaing sewaktu bersiaran langsung
Insiden berlaku semasa Joddoltv bersiaran langsung ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah membabitkan dia dan suspek.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.
'Penentu kejuaraan EPL di tangan kami' - Guardiola
PEP Guardiola berkata penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berada di tangan mereka sendiri selepas kemenangan 4-0 ke atas Fulham pada Sabtu.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Laluan utama Kampung Batu 3 Mambau runtuh selepas hujan lebat
Disebabkan kejadian itu, penduduk di kedua-dua kampung terpaksa menggunakan laluan jauh untuk ke mana-mana.
Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 di Ayer Keroh, Melaka.
Bantahan peserta Israel di final pertandingan Eurovision
Kumpulan yang membantah penyertaan Israel dalam Pertandingan nyanyian Eurovision telah dikepung oleh polis di Malmo pada Sabtu sebelum pertandingan itu.
Angka kematian rakyat Palestin hampir 35,000 orang ketika Israel terus bedil Gaza
Sekurang-kurangnya 34,971 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas.
Arm rancang hadir dengan cip AI menjelang 2025
Untuk sasaran awal, Arm ingin hadir dengan prototaip awal cip AI menjelang awal 2025, dan seterusnya memfokuskan penghasilan cip berkenaan melalui para pengeluar pada tahun sama.
Sekeping di Instagram, anak Mira Filzah kumpul 51,000 pengikut, tak akan sorok wajah Wan Khair
Kelahiran anak sulungnya Wan Khair Emir yang kini berusia 3 bulan semakin menambah keterujaan pengikutnya di instagramnya.
'Nama Khair ada dalam banyak surah' - Mira Filzah, suami kongsi tutorial pilih nama anak guna apps!
Perkongsian Mira Filzah yang mencari nama anak sulungnya menerusi apps menarik perhatian ramai.
"Tidur satu jam sahaja..."- Selepas seminggu, Mira Filzah kongsi nama anak
Mira berkongsi bagaimana nama itu diberikan buat putera mereka.
Sambut bayi: Dua-dua penat, Mira Filzah dan suami mohon maaf
Selamat berpantang Mira Filzah!
Rezeki Mira Filzah timang anak lelaki di hari lahir
Mira Filzah selamat lahirkan bayi lelaki pada pukul 3.40 pagi tadi.
Mula sakit belakang dan kaki membengkak, Mira Filzah dijangka bersalin pada...
Wah! tak lama lagi dah nak bersalin...
Mira Filzah hamil, kandungan bakal memasuki trimester ketiga
Pasangan itu turut melahirkan penghargaan kepada mereka yang mendoakan selama ini.
Go Shop jenama semula CH111 kepada BAARU, sasar lebih ramai golongan milenial
Go Shop BAARU akan menampilkan variasi produk baharu, lebih kontemporari dan menarik, istimewa untuk pekerja profesional dan keluarga masing-masing.
The Maid bakal cetus fenomena
The Maid dianggap sebagai penerus kecemerlangan siri program The House yang mencetus fenomena baru-baru ini.
Kuasa wanita! Neelofa, Mira Filzah, Janna Nick dahului senarai 'Top 1,000 Influencers' di Malaysia
Ramainya pengikut Neelofa dan Mira Filzah di Instagram!